Khamis, 24 Februari 2011
Selasa, 22 Februari 2011
KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID(SYUHADA')

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154
RasuluLLah saw bersabda;Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:1. Diampunkan semua kesalahannya.2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.3. Dikahwinkan dengan bidadari.4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).5. Diselamatkan daripada seksa kubur.6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).
Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488
Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518
Semoga ALlah memilih kita sebagai syuhada' satu masa nanti. tk..
Berat atau kurus???
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Isnin, 21 Februari 2011
mee kari
| Mi Kari Surau Ar Rahmah Kiriman: Ashari Sumber: Hj Bahrum Hits: 13434 Rating: 8.63 Review: 0 | |
| Bahan-Bahan: | |
| 600 ml minyak 10 ekor ayam sederhana, dipotong 20 keping 600 g rempah kari (bancuh dengan sedikit santan) 10 kg santan 10 keping asam gelugur 40 biji taupok (tauhu goreng), dibelah 2 15 keping fishcake, dihiris 10 paket fishball, dibelah 2 garam secukupnya Bahan Sampingan 2 kg udang sederhana, dicelur buang kulit 2 kg bebola ikan, dibelah 2 12kg mee kuning, dicelur & tuskan 1 kg isi ketam (jika suka) 3 kg kerang, direbus & dikupas 3 kg taugeh, dibuang ekor & dicelur 2 kg sawi, dipotong & dicelur 40 biji telur rebus, dibelah 4 hirisan daun bawang & bawang goreng, jika suka cili merah hiris bersama cuka dan gula (dlm mangkuk) | Rempah tumis 10 btg kulit kayu manis 20 kuntum bunga cengkih 16 kuntum bunga lawang 20 biji buah pelaga 10 tangkai daun kari Dikisar halus 6 labu bawang besar 60 ulas bawang merah + (1 kg untuk dibuat bawamg goring jika suka) 30 ulas bawang putih 16 cm halia 10 camca besar pes cili 26 tangkai cili merah |
| Cara: | |
| Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Bila wangi, masukkan pes rempah. Kacau hingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau lagi hingga kering airnya baru dimasukkan santan, asam gelugur dan garam. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Hidangan untuk lebih kurang 150 orang jemaah | |
Selasa, 8 Disember 2009
cerita best
| Current mood: Category: Writing and Poetry Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup |
