Powered By Blogger

Halaman

IsLaM 4 EvEr

Sabtu, 2 April 2011

Kawalan motor bab 2


PENYENTUH DAN GEGANTI

PENYENTUH- ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet.

- Elektromagnet mempunyai gegelung di mana litarnya

dilengkapi oleh mana-mana alat kawalan yang lain.

- Penyentuh terdiri daripada beberapa sesentuh.
- Sesentuh menggunakan arus yang lebih kecil dari beban yang dikawal untuk dihidupkan.

- Terdapat beberapa jenis sesentuh elektrik daripada pelbagai keadaan yang digunakan untuk mengawal pengaliran arus di dalam sesebuah litar.

Pengendalian bagi sebarang pasangan atau beberapa pasangan sesentuh adalah bertujuan untuk;
1)Menyambung litar dan membolehkan pengaliran arus

2)Memutus iaitu menyekat pengaliran arus.

PRINSIP OPERASI
- terdiri daripada teras pegun dan angkir boleh gerak.
- Magnet tersebut diperbuat daripada besi beresapan tinggi yang berlapis – lapis yang memudahkan pengaliran medan bermagnet daripada aruhan gegelung.

- Medan ini menarik angkir ke teras. Sesentuh boleh gerak dibawa oleh angkir untuk lekap pada Sesentuh pegun, melengkapkan litar elektrik.
Bila arus gegelung diganggu, medan magnet akan runtuh dan kemudiannya spring akan mengembalikan angkir kepada keadaan asalnya.

- Arus yang mengalir kedalam gegelung akan menghasilkan urat daya magnet yang akan menarik angker supaya bergerak daripada keadaan membuka kepada menutup sesentuh.

SESENTUH UTAMA
- bahagian pembawa arus yang terdekat kepada pelengkapan litar kuasa ke motor apabila penyentuh menutup.

- terdiri daripada sesentuh sedia buka dan sedia tutup

SESENTUH TAMBAHAN
- Tambahan kepada sesentuh utama
- Tidak berfungsi untuk membawa arus motor,
tetapi hanya arus kawalan

-boleh terdiri daripada jenis sesentuh sedia buka atau sedia tutup

- Biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan atau untuk menahan dua penyentuh daripada menutup pada satu masa yang sama.

GEGANTI

- sejenis suis yang dikendalikan pada arus elektrik yang rendah iaitu kira-kira 10 mA.

-Ia bertindak sebagai suis kawalan pada litar elektronik yang berarus tinggi.
-Geganti mengandungi satu gegelung yang dililit pada teras besi dan angker.

-Apabila gegelung mendapat bekalan elektrik, ia akan bertenaga.

-Hujung angker yang tidak berpangsi akan tertarik ke electromagnet.

-Angker yang tertarik itu mempunyai satu sesentuh yang bercantum dengan sesentuh sedia ada.

-Sesentuh juga boleh membuka dengan cara pergerakan angker itu.

-Sesentuh geganti boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup.

-sesentuh sedia buka mempunyai sesentuh yang sentiasa terbuka dan menutup apabila gelungnya mendapat tenaga elektrik .

-Lazimnya, geganti direka untuk mengendali apabila satu arus yang kecil mengalir pada gelungnya.

-Oleh itu, hanya arus yang kecil sahaja mampu untuk menjalankan satu litar yang kompleks dan besar melalui geganti.

Contoh penggunaan ialah di dalam litar;

-loceng elektrik,
- sistem telekomunikasi,
-penghidup kereta, dan sebagainya.


Geganti terbagi kepada jenis, iaitu :

Geganti Kawalan
- Menyerupai dan mengendali seperti penyentuh tetapi sesentuhnya digunakan untuk mengawal gegelung litar bagi alat – alat lain seperti ;

i) Penghidup,
ii) Penyentuh ataupun
iii) Geganti yang lain terutama dalam kawalan yang kompleks.

-Semua geganti jenis ini tidak sesuai digunakan ke atas litar pada kadaran 600 volt. Oleh itu kadaran mestilah ditentukan sebelum memilih geganti.

-Geganti kawalan diperolehi dengan bilangan sesentuh yang berbeza-beza seperti sedia-buka dan sedia – tutup.

Geganti beban lebih
-Kebanyakan motor elektrik yang berkadaran 15 kuasa kuda ke bawah memerlukan perlindungan yang sebaik-baiknya, dengan menggunakan geganti beban lebih.

Terdapat dua jenis geganti baban lebih iaitu jenis haba dan magnet

Geganti beban lebih jenis haba
Faktor pemilihan;
- arus beban penuh bagi motor,
- jenis motor,
- perbezaaan suhu yang mungkin di antara motor dan
-alat kawalan perlu diketahui terlebih dahulu.

Geganti beban lebih jenis magnet
-mempunyai satu teras magnet yang bergerak di dalam satu gegelung yang membawa arus motor.
-Urat daya yang timbul di dalam gegelung akan menarik teras keatas.
-Apabila teras itu meningkat sejauh yang diperlukan(ditentukan oleh
arus dan kedudukan teras ) ia akan mempelantik sekumpulan sesentuh di atas geganti tersebut.

Geganti Lengah Masa
-digunakan apabila satu tempoh lewat (delay) hendak diwujudkan ke dalam satu kawalan turutan.
- boleh diatur untuk tempoh lewat selepas gegelungnya mendapat tenaga elektrik.
- Sesentuh-sesentuhnya tidak boleh mengendali sehingga satu tempoh lewat (delay) yang telah ditetapkan.
--Apabila gegelung kehilangan tenaga elektrik, sesentuh-sesentuh kembali kepada kedududkan asal ------Masa menutup bagi sesentuh boleh diubah kepada tempoh lewat selepas kehilangan tenaga elektrik.

Simbol Litar Sesentuh & Geganti


Tiada ulasan:

Catat Ulasan