Powered By Blogger

Halaman

IsLaM 4 EvEr

Rabu, 6 April 2011

Perkahwinan dan Hukumnya

1. Wajib : Jika seseorang lelaki berkemampuan dan mempunyai nafsu syahwat yang memuncak

2. Sunat : Jika seseorang berkemampuan kahwin tetapi masih dapat menjaga diri jika tak berkahwin

3. Haram : Jika ia tidak mempunyai nafsu dan berkahwin dengan tujuan tidak jujur

4. Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan nafsu tetapi tidak berkemampuan

Seseorang lelaki atau perempuan apabila memasuki dunia perkahwinan bererti ianya telah sampai ke kemuncak kehidupan. Orang lelaki sampai darjat kelelakiannya begitu juga orang perempuan sudah sampai ke kemuncak kehidupan keperempuannya kerana ianya telah sampai ke peringkat tujuan sebenar dua jenis makluk yang dijadikan Allah supaya hidup berpasangan tambahan pula apabila lahir cahayamata hasi perkongsian atau perkahwinan tersebut. Akan timbul pula panggilan bapa atau ibu, anak dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Allah jadikan bagi kamu dari jenis kamu juga (Manusia) isteri-isteri dan Ia jadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu-cucu dan Dia kurniakan kamu rezeki daripada yang baik-baik dan halal, maka adakah patut mereka beriman kepada yang batil dan kepada Allah mereka kufur."

FALSAFAH PERKAHWINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

AKHIR-AKHIR ini ada satu isu yang muncul dalam masyarakat dan menjadi perbincangan, baik di dalam media elektronik mahupun media cetak. Isu itu adalah perceraian pasangan yang telah berumur lanjut kerana salah seorang ingin bernikah dengan pasangan yang lebih muda.

Fenomena ini sangat menyedihkan sesudah pasangan terbabit berpuluh-puluh tahun hidup bersama, memiliki anak dan cucu tetapi berpisah pada saat telah berada di penghujung usia.

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.

Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.

Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan persetubuhan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.

Mawaddah atau keinginan untuk melakukan persetubuhan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama.

Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.


Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan seks menjadi matlamat.

Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan kebahagiaan rumah tangga semakin jauh.

Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.

Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana’ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.

Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa.”

Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas.

Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.

Dalam keluarga Islam, persetubuhan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh.

Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.

Salah satu cara terbaik mengurangkan kes-kes perceraian pada usia senja ini ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata.

Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.

Sabtu, 2 April 2011

Kawalan motor bab 2


PENYENTUH DAN GEGANTI

PENYENTUH- ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet.

- Elektromagnet mempunyai gegelung di mana litarnya

dilengkapi oleh mana-mana alat kawalan yang lain.

- Penyentuh terdiri daripada beberapa sesentuh.
- Sesentuh menggunakan arus yang lebih kecil dari beban yang dikawal untuk dihidupkan.

- Terdapat beberapa jenis sesentuh elektrik daripada pelbagai keadaan yang digunakan untuk mengawal pengaliran arus di dalam sesebuah litar.

Pengendalian bagi sebarang pasangan atau beberapa pasangan sesentuh adalah bertujuan untuk;
1)Menyambung litar dan membolehkan pengaliran arus

2)Memutus iaitu menyekat pengaliran arus.

PRINSIP OPERASI
- terdiri daripada teras pegun dan angkir boleh gerak.
- Magnet tersebut diperbuat daripada besi beresapan tinggi yang berlapis – lapis yang memudahkan pengaliran medan bermagnet daripada aruhan gegelung.

- Medan ini menarik angkir ke teras. Sesentuh boleh gerak dibawa oleh angkir untuk lekap pada Sesentuh pegun, melengkapkan litar elektrik.
Bila arus gegelung diganggu, medan magnet akan runtuh dan kemudiannya spring akan mengembalikan angkir kepada keadaan asalnya.

- Arus yang mengalir kedalam gegelung akan menghasilkan urat daya magnet yang akan menarik angker supaya bergerak daripada keadaan membuka kepada menutup sesentuh.

SESENTUH UTAMA
- bahagian pembawa arus yang terdekat kepada pelengkapan litar kuasa ke motor apabila penyentuh menutup.

- terdiri daripada sesentuh sedia buka dan sedia tutup

SESENTUH TAMBAHAN
- Tambahan kepada sesentuh utama
- Tidak berfungsi untuk membawa arus motor,
tetapi hanya arus kawalan

-boleh terdiri daripada jenis sesentuh sedia buka atau sedia tutup

- Biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan atau untuk menahan dua penyentuh daripada menutup pada satu masa yang sama.

GEGANTI

- sejenis suis yang dikendalikan pada arus elektrik yang rendah iaitu kira-kira 10 mA.

-Ia bertindak sebagai suis kawalan pada litar elektronik yang berarus tinggi.
-Geganti mengandungi satu gegelung yang dililit pada teras besi dan angker.

-Apabila gegelung mendapat bekalan elektrik, ia akan bertenaga.

-Hujung angker yang tidak berpangsi akan tertarik ke electromagnet.

-Angker yang tertarik itu mempunyai satu sesentuh yang bercantum dengan sesentuh sedia ada.

-Sesentuh juga boleh membuka dengan cara pergerakan angker itu.

-Sesentuh geganti boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup.

-sesentuh sedia buka mempunyai sesentuh yang sentiasa terbuka dan menutup apabila gelungnya mendapat tenaga elektrik .

-Lazimnya, geganti direka untuk mengendali apabila satu arus yang kecil mengalir pada gelungnya.

-Oleh itu, hanya arus yang kecil sahaja mampu untuk menjalankan satu litar yang kompleks dan besar melalui geganti.

Contoh penggunaan ialah di dalam litar;

-loceng elektrik,
- sistem telekomunikasi,
-penghidup kereta, dan sebagainya.


Geganti terbagi kepada jenis, iaitu :

Geganti Kawalan
- Menyerupai dan mengendali seperti penyentuh tetapi sesentuhnya digunakan untuk mengawal gegelung litar bagi alat – alat lain seperti ;

i) Penghidup,
ii) Penyentuh ataupun
iii) Geganti yang lain terutama dalam kawalan yang kompleks.

-Semua geganti jenis ini tidak sesuai digunakan ke atas litar pada kadaran 600 volt. Oleh itu kadaran mestilah ditentukan sebelum memilih geganti.

-Geganti kawalan diperolehi dengan bilangan sesentuh yang berbeza-beza seperti sedia-buka dan sedia – tutup.

Geganti beban lebih
-Kebanyakan motor elektrik yang berkadaran 15 kuasa kuda ke bawah memerlukan perlindungan yang sebaik-baiknya, dengan menggunakan geganti beban lebih.

Terdapat dua jenis geganti baban lebih iaitu jenis haba dan magnet

Geganti beban lebih jenis haba
Faktor pemilihan;
- arus beban penuh bagi motor,
- jenis motor,
- perbezaaan suhu yang mungkin di antara motor dan
-alat kawalan perlu diketahui terlebih dahulu.

Geganti beban lebih jenis magnet
-mempunyai satu teras magnet yang bergerak di dalam satu gegelung yang membawa arus motor.
-Urat daya yang timbul di dalam gegelung akan menarik teras keatas.
-Apabila teras itu meningkat sejauh yang diperlukan(ditentukan oleh
arus dan kedudukan teras ) ia akan mempelantik sekumpulan sesentuh di atas geganti tersebut.

Geganti Lengah Masa
-digunakan apabila satu tempoh lewat (delay) hendak diwujudkan ke dalam satu kawalan turutan.
- boleh diatur untuk tempoh lewat selepas gegelungnya mendapat tenaga elektrik.
- Sesentuh-sesentuhnya tidak boleh mengendali sehingga satu tempoh lewat (delay) yang telah ditetapkan.
--Apabila gegelung kehilangan tenaga elektrik, sesentuh-sesentuh kembali kepada kedududkan asal ------Masa menutup bagi sesentuh boleh diubah kepada tempoh lewat selepas kehilangan tenaga elektrik.

Simbol Litar Sesentuh & Geganti


Jumaat, 1 April 2011

Renungan untuk Kita Semua

Ingatan Buat Insan...

Assalamualaikum........

Nabi SAW bersabda :

’Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.’’ (iman malik)

Wahai sahabat-sahabat se-Agama ku. Marilah kita kembali menuju jalan Allah SWT, iaitu jalan yang di reddhai oleh Allah SWT yang di tunjukkan dan di ajar kan oleh Nabi junjungan besar kita Muhammad SAW yang patut menjadi ikutan kita sebagai ummat nya iaitu umat akhir zaman.

Ku melihat ramai di kalangan kita lupa akan nilai agama kerana mengikut nafsu tampa batas syariat. Kenapa ini terjadi?kita semakin lalai mengikut akan kehendak Allah SWT,kita lupa pegangan kita selama ini. Adakah kita lupa Allah SWT ada lah tempat sebaik-baik pengantungan kita. Adakah bila kita di timpa musibah baru kita hendak mencari Allah SWT.???

Diwaktu senang kita sering melupakan Rob yang Maha pencipta, kita lupa siapa yang memberikan kesenagan itu... Sebenarnya tiada alasan untuk kita melupakan nya, setiap hari kita akan mendirikan solat 5 waktu ,kita mengangkat takbir dan menyebut ALLAHUAKBAR(ALLAH MAHA BESAR) adakah ia hanya sebutan bagi kita jika tanpa hadir dalam hati kita?? Tanpa mengetahui erti perkataan yang di sebut?? Disebabkan itu lah jiwa kita fakir akan mengingati Rob yang Maha Agung.

Ketahuilah solat merupakan latihan yang amat mujarab untuk melemahkan nafsu di dalam diri seseorang.

Allah SWT berfirman ‘’ Sesungguhnya solat itu mencegah dari(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar ‘’(al-Ankaabut:45)

Ingat lah wahai teman jika Allah SWT mensempit kan kehidupan, jiwa seseorang itu akan menjadi kontang dari keimanan dan tidak akan pernah berasa bahagia,tidak akan bersih dan suci dan selalu di lilit oleh rasa gundah dan kesedihan. Disaat itu kita merasa seolah-olah hanyut dalam lautan yang luas.

Marilah kita mengingat Allah SWT,dengan itu nescaya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang dan tenteram..benarkanlah bibir kita basah dengan berzikir mengingati Allah SWT, Benarkanlah lidah mu berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Janganlah biarkan lidah kita menyebut perkara yang melalaikan dan sia-sia. Alangkah singkat nya hidup kita seorang manusia. Ingat kah kita semua akan merasai saat malaikat maut mencabut nyawa kita, di saat itu beruntunglah orang-orang yang selalu meningatkan ALLAH SWT dan selalu membasahkan bibir nya memuji ALLAH dan berselawat ke pada Nabi Muhammad SAW...

Firman Allah SWT:

’Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat(pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.’’ (Al-Baqarah: 152)