Powered By Blogger

Halaman

IsLaM 4 EvEr

Khamis, 10 Mac 2011

PRINSIP ASAS HIDRAULIK


Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik.

1.Cecair tidak mempunyai bentuk - Cecair akan mengikut bentuk bekas yang diletakkan. Oleh itu ia sesuai digunakan untuk penghantaran daya dalam sistem hidraulik yang mempunyai reka bentuk yang rumit.

2.Tidak boleh dimampatkan - Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan jumlah daya

yang dikenakan ke atas bendalir tersebut.

3.Memindahkan tekanan ke semua arah - Konsep huk

um Pascal diaplikasikan pada sistem hidraulik yang

bercabang yang memerlukan tekanan yang sama bagi semua arah pada satu masa yang sama ketika sistem sedang beroperasi.

4.Mampu melakukan kerja-kerja berat - Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat walaupun mempunyai rekabentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat menjimatkan penggunaan cecair hidraulik dalam sistem. Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek hidraulik kenderaan, di mana cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek tersebut. Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan. Tekanan tersebut akan diagihkan sama rata dalam sistem brek hidraulik kenderaan sesuai dengan konsep hukum Pascal. Jika dilihat pada sistem brek tersebut, reka bentuknya adalah kecil, ringkas serta memerlukan jumlah isipadu bendalir yang sedikit tetapi mampu memberhentikan sesebuah kenderaan

Selasa, 8 Mac 2011

Peringatan Rasulullah yang dilupai muslimah

PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama;
diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;

“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”

(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”

(Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga;
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab;

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”

(Hadis riwayat Imam Muslim).

i-Yang paling penting skali Jaga Niat..
Kerana niat nie memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan kita...Jangalah kita posa sebab nak kurus la...nak jimat duit la...ETC.... kalo boleh janganlah macam tuh...Kita posa Kerana Allah SWT dan mengharapkan keredhaannya serta pahala dari-Nya...InsyaAllah...

ii-
Cuba kita posa satu hari...
Dulu pun tidak dinafikan saya jugak agak sukar untuk berpuasa hari lain selain drp Bulan Ramadhan...Alhamdulilah..Berkat teguran dari kedua ibu bapa saya,saya bermula puasa sunat pada Isnin dahulu...Bila saya berjaya puasa satu hari,saya cuba untuk berpuasa pada hari khamis pula....

Pengalaman yang tak dapat saya lupakan bila saya berjaya berpuasa sunat pada Bulan Syawal..Iaitu Puasa 6...Ya Allah,tak bohong saya pada semua sahabat saya...Keseronokkan dpat menghabiskan ke-enam-enam harinya memang tidak dapat digambarkan...Bila nak buka posa tu,saya dapat rasakan kenikmatan yang berbeza dengan hari-hari lain...Bila buka posa dengan family sekali....

Saya masih ingat dimana Puasa 6 buat kali pertama saya berjaya mendapatkan pada tahun 2006..Pada tahun 2006 tak silap saya lah waktu saya Form 4..Memang waktu tu takda perasaan nak puasa..Al-maklumlah baru ja lepas Posa Ramadhan..Tetapi Ibu dan Bapa saya beri galakan kepada saya...

Alhamdulilah...Saya mengamalnya sehinggalah sekarang....Jika saya boleh anda pasti lagi boleh...Betul tak???

Saya rasa itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan walaupon tidak seberapa sangat...Hanya berbekalkan pengalaman sahaja yang dapat saya kongsikan yang sepanjang saya bernyawa...

Marilah sahabat-sahabatku...Marilah kita berubah/berhijrah kepada yang lebih baik...Keaadaan dibumi belum tahu lagi bila akan lenyap...Esok kita tidak pasti lagi sama ada kita masih bernyawa atau tidak....

Tidak kah anda semua terfikir sejenak,Jika esok kita masih bernyawa InsyaAllah kita masih boleh bertaubat serta mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar...

Andai kata esok kita telah dijemput oleh Allah SWT untuk menghadap-Nya...Apakah bekalan yang boleh kita bawak selain daripada doa kedua ibu bapa kita??? Mestilah kan amalan-amalan sampingan @ amalan-amalan wajib dan sunat kan???

Berfikirlah sejenak wahai Sahabat-sahabat ku...

Nak seronok sekejap sahaja...Tapi bila masa bersedih tu memang berpanjangan...

Marilah kita sama-sama berebut pahala daripada Allah SWT ketika kita masih muda,kuat dan nyawa masih ada...

Wallahu'alam...

Wassalam

Ahad, 6 Mac 2011

kelebihan Bertudung

Mari berkongsi~~!
Baiklah..macam-macam propaganda yang kita dengar. Saban waktu, ramai yang mempertikai hukum pemakaian tudung. Terkejut juga apabila mendengar padah bertudung ni..

katanya memerangkap haba dalam badanlah, migrainlah, sakit kepalalah, barah otaklah dan pelbagai mitos-mitos serta kisah dongeng jahiliyyah yang lain.


Jadi, saya merasa terpanggil untuk berkongsi tentang fakta nih.
Ketahuilah, bertudung itu baik, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Tak percaya? Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.
Tapi macam mana pula kalau panas?Panaskah? Boilingkah?
ha...

Fakta 1st
V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalam www.islamonline.net/english/Science.
Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

Sahabat-sahabat, sedarilah bahawa kita tidak kehilangan hak untuk menunjuk-nunjuk. Kita sebenarnya telah berjaya membebaskan diri kita daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet semata-mata ingin menunjuk-nunjuk @ menarik perhatian mereka yg berlawanan jantina dgn kita.
Dalam konteks jangka masa panjang, apabila kaum lelaki melihat dgn lebih mendalam(mendasari pemakaian seksi, ketat, mengancam.)mereka akan menyedari terdapat perasaan terdesak dalam keadaan tersebut untuk mendapatkan perhatian...
Jadi..

Kita mestilah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana kita tidak terperangkap dalam situasi ini. ok?.......mari berlapang dada~ Allah lebih mengetahui yg terbaik buat hamba-Nya.
Maka..
Janganlah sahabat-sahabat risau dengan keadaan pemakaian kita yang dikatakan kolot, poyo, konservatif dan sebagainya kerana kita dipihak yang benar.
Ikhlaskan niat, terus beramal.

Siapakah?

Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukirsenyuman.

Siapakah orang yang kaya?Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahannamun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain

Sabtu, 5 Mac 2011

Derma Darah, Badan sihat

Ganjaran Dan Faedah Menderma Darah

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa hukum menderma darah itu adalah harus. Bahkan menderma darah merupakan salah satu perbuatan yang berkebajikan dan sangat bermanfaat kerana terselindung di sebaliknya konsep tolong-menolong sesama saudara Islam. Menderma darah juga suatu amalan yang mulia kerana seseorang yang menderma darah itu tidak mengharapkan sebarang balasan, khususnya daripada segi kewangan ataupun
material. Sekalipun hanya sebagai derma ataupun sumbangan sahaja, namun janganlah ia dipandang sebagai sesuatu yang sama sekali tiada mendatangkan keuntungan. Seseorang yang menderma darah pasti akan menikmati kepuasan hati kerana telah menyelamatkan nyawa lain dengan darah yang telah didermakannya. Perlu juga diketahui bahawa setiap satu pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan sebagaimana yang
telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya seperti berikut:
i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah.

Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, mari kita perhatikan ganjaran dan balasan duniawi dan ukhrawi yang lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma darah
berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalil mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum daripada sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:



Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong)
hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu
kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud melepaskan kesusahan orang Islam yang berhajat kepadapenambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu
mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia
atau di akhirat kelak.

Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan menerima darah itu adalah harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada kedua-dua pihak, sama ada yang menderma atau yang menerima, dengan mengambil kira nasihat daripada pakar perubatan bahawa hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk menyembuhkan atau menyelamatkan nyawa pesakit.

Ganjaran dan balasan yang dijanjikan di dunia dan di akhirat, seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam, sewajarnya membuka hati mana-mana individu
agar giat menyumbang atau menderma darah bagi kepentingan individu yang lain.