Powered By Blogger

Halaman

IsLaM 4 EvEr

Selasa, 22 Februari 2011

KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID(SYUHADA')

Sahabat-sahabat yang dihormati,Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi saw yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.



"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN=169-171
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154
RasuluLLah saw bersabda;Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:1. Diampunkan semua kesalahannya.2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.3. Dikahwinkan dengan bidadari.4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).5. Diselamatkan daripada seksa kubur.6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).
Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488
Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518
Semoga ALlah memilih kita sebagai syuhada' satu masa nanti. tk..

Berat atau kurus???

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat

10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!


Isnin, 21 Februari 2011

mee kari

Mi Kari Surau Ar Rahmah 8.63
Kiriman: Ashari
Sumber: Hj Bahrum
Hits: 13434 Rating: 8.63 Review: 0
Bahan-Bahan:
600 ml minyak
10 ekor ayam sederhana, dipotong 20 keping
600 g rempah kari (bancuh dengan sedikit santan)
10 kg santan
10 keping asam gelugur
40 biji taupok (tauhu goreng), dibelah 2
15 keping fishcake, dihiris
10 paket fishball, dibelah 2
garam secukupnya

Bahan Sampingan
2 kg udang sederhana, dicelur buang kulit
2 kg bebola ikan, dibelah 2
12kg mee kuning, dicelur & tuskan
1 kg isi ketam (jika suka)
3 kg kerang, direbus & dikupas
3 kg taugeh, dibuang ekor & dicelur
2 kg sawi, dipotong & dicelur
40 biji telur rebus, dibelah 4
hirisan daun bawang & bawang goreng, jika suka
cili merah hiris bersama cuka dan gula (dlm mangkuk)
Rempah tumis

10 btg kulit kayu manis
20 kuntum bunga cengkih
16 kuntum bunga lawang
20 biji buah pelaga
10 tangkai daun kari

Dikisar halus
6 labu bawang besar
60 ulas bawang merah + (1 kg untuk dibuat bawamg goring jika suka)
30 ulas bawang putih
16 cm halia
10 camca besar pes cili
26 tangkai cili merah
Cara:
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Bila wangi, masukkan pes rempah. Kacau hingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau lagi hingga kering airnya baru dimasukkan santan, asam gelugur dan garam.
Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.

Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk lebih kurang 150 orang jemaah